Perbanyakkan ‘friendly match’ petua kekalkan Malaysia di setiap Piala Asia

83

Teka-teki bagaimana skuad kebangsaan mampu mengorak langkah ke setiap Piala Asia tenang dijawab bekas pemain bola sepak kebangsaan, Faizal Abu Bakar yang merasakan pengalaman pasukan perlu kekal digilap.

Berkata kepada Harimau Malaya, beliau percaya adalah lebih baik sekiranya pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperbanyakkan lagi perlawanan persahabatan bersama pasukan dari kelas bertaraf ‘A’ seperti Arab Saudi, Iraq, dan Korea Selatan.


“Piala Asia 2023 perlawanan pertama waktu itu kita kurang pengalaman, bukan para pemainnya, tetapi pasukan itu secara keseluruhannya, melihatkan level liga itu yang cukup besar.”

“Biasanya kita friendly dengan pasukan biasa (Timor Leste, Kepulauan Solomon), jadi tidak boleh untuk membandingkan tahap itu.”

Katanya.

Baginya skuad Harimau Malaya juga barangkali ‘terkejut’ apabila tiba di tahap sebesar Piala Asia tempoh hari.

Beliau sempat mengenangkan detik ketika berada di skuad B-23 lebih sedekad lalu dimana begitulah keadaan pemain Malaysia yang terasa ‘kerdil’ disisi pihak lawan.

“Waktu itu menentang pasukan Jepun, kita tak pegang bola pun, kena buli sahaja. Waktu itu juga semua pemain adalah anak tempatan.”

Berpendapat bahawa bintang penyerang, Faisal Halim sebagai pemain terbaik sepanjang kesemua kemunculan Malaysia di Piala Asia tempoh hari, beliau turut memuji keberanian jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

“Kim Pan-gon sangat berani bermain attack, tidak hiraukan ‘orang belakang’, janji ada skor.”

“Juga boleh dilihat confident Faisal Halim dengan pasukan kebangsaan amat tinggi. Beliau lincah beraksi di atas padang.”