Patah tumbuh hilang berganti, Umar Eshmurudov isi ‘kerusi kosong’ Yazan Al-Arab

59

Di penghujung musim lalu, Selangor FC ternyata telah kehilangan ‘benteng pertahanan’ mereka selepas tersingkirnya pemain kelahiran Jordan, Yazan Al-Arab.

Kehilangan Yazan yang telah digantung serta merta atas kesalahan menendang belakang badan pengadil, Hasrol Amir ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC hujung September lalu nampaknya telah digantikan dengan pemain baharu.


Umar Eshmurudov, akan menjadi tumpuan baharu The Red Giants musim hadapan!

Diumumkan pagi ini, kehadiran bintang Uzbekistan itu disambut baik ramai penyokong pasukan itu.

Barangkali penampilannya di Piala Asia bersama skuad kebangsaannya tempoh hari telah memikat hati pihak pengurusan Selangor FC.

Demikian, ada sebahagian peminat yang turut memuji kemunculan beliau, merasakan dirinya terbukti bermain dengan ‘laju’.

Mampukah Umar menguatkan bahagian pertahanan Selangor? Bergandingan bersama-sama Safuwan Baharudin, Khuzaimi Piee, Sharul Nazeem?

Ada juga yang menjangkakan beliau akan menjadi kapten pasukan itu, menggantikan pemergian bintang tengah, Brendan Gan.

Diharapkan tiada sebarang isu disiplin datang dari The Red Giants musim ini.

Selangor FC juga berkemungkinan kan mengumumkan lagi pemain import baharu mereka kelak.