Jenama sukan terkemuka dunia lancar program bola sepak AMGFP bersama PFAM

36

Selaras dengan komitmen berterusan jenama kepada komuniti dan inklusiviti dalam sukan, Adidas Malaysia mengumumkan kerjasama yang amat menarik dengan Professional Footballers Association Malaysia (PFAM) untuk melancarkan Adidas Malaysia Girls Football Program (AMGFP).

Program ini diwujudkan dengan matlamat untuk mencipta peluang yang sama rata bagi bakat bola sepak kanak-kanak perempuan di negara ini, setiap peserta akan diberi inspirasi untuk melupakan tekanan luaran dan berhubung demi minat yang mendalam terhadap bola sepak, dengan sokongan adidas dan ia telah dilancarkan di ibu kota Kuala Lumpur dengan kunjungan mengejut legenda bola sepak; David Beckham.


AMGFP yang akan mengambil masa selama satu tahun ini merangkumi pelbagai sesi yang disesuaikan untuk kanak-kanak perempuan berusia 9-14 tahun.

“Adidas sentiasa kekal komited untuk memperhebatkan corak permainan atlet dan tiada cara yang lebih baik untuk melakukannya selain dengan membangunkan bakat-bakat muda negara.

Melalui adidas Malaysia Girls Football Program, jenama ini akan membentuk platform di mana kanak-kanak perempuan yang merupakan bakal legenda bola sepak masa depan kita, boleh berkembang, meningkatkan kemahiran mereka, dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang meraikan minat yang mendalam terhadap bola sepak,”

ujar Pengurus Negara Adidas Malaysia, Sharmin Photographer.

Tambahnya lagi, pihaknya percaya bahawa sukan mampu mengubah kehidupan, oleh sebab itu mereka sangat bangga dapat menerajui program trasformasi itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata cita-cita pihaknya adalah untuk sediakan persekitaran kondusif untuk pemain wanita sedia ada dan juga pemain baru.

“Kerjasama dengan Adidas ini merupakan pencetus perubahan dalam komuniti kami. PFAM sentiasa bercita-cita untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi para pemain bola sepak wanita sedia ada dan juga pemain baru.

Kami yakin bahawa dengan sokongan Adidas, kami akan berjaya melahirkan lebih ramai pemain bola sepak wanita yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi, yang dapat mencipta kejayaan di atas dan di luar padang.”

AMGFP akan bermula pada Mac 2024 yang mana ia akan diaktifkan mengikut setiap suku tahun dan akan mendapat bimbingan profesional daripada jurulatih berpengalaman dan juga daripada pemain-pemain bola sepak profesional negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Adidas Malaysia Girls Football Program, boleh layari @adidasMY dan @pfamalaysia.