Felipe Leite mahu bawa Sabah FA jadi pasukan No.1 di MFPL

66

Pemain import baru Sabah FA, Felipe Leite tekad mahu bantu pasukannya untuk menjadi pencabar utama saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 pada musim 2024.

“Sejak saya tiba di Malaysia saya sudah menjalani latihan bersama pasukan dan mahu bawa pasukan Sabah jadi pasukan No. 1 di Malaysia,”

katanya.

Felipe sedia maklum dengan sasaran yang diletakkan oleh pihak pengurusan pasukan yang sasar kedudukan Top 3 pada musim ini, oleh itu mereka akan terus bekerja keras untuk cuba mencapai sasaran tersebut atau dapat keputusan lebih baik.


Dalam pada itu, beliau mengakui bergelut pada mulanya untuk berkomunikasi dengan ketua jurulatih Patt Sriwijit tapi setelah beberapa bulan berlatih dibawah bimbingannya, beliau sudah semakin memahami corak permainan dan taktikal yang diterapkan pengendali dari Thailand itu.

Beliau pada masa sama turut mempunyai sasaran peribadinya yang mana beliau mahu menjadi penjaring terbanyak musim ini.

“Setiap hari saya bekerja keras untuk menjadi lebih baik dan sasaran peribadi saya untuk jadi penjaring terbanyak MPFL musim ini.”

Felipe akan turun beraksi dalam perlawanan pertama menentang Selangor FC  pada 18 Februari ini.