Well Pereira pilih Selangor FC Futsal kerana punya struktur yang hebat

56

Pemain impor baru Selangor FC Futsal, Well Pereira memberitahu beliau memilih untuk menyarung jersi pasukan itu kerana mereka mempunyai struktur yang cukup bagus.

“Saya pilih Selangor kerana saya lihat mereka mempunyai struktur yang cukup hebat dengan pemain tempatan yang berkualiti.

Pada masa sama dengan ketua jurulatih dari Brazil ia memudahkan beliau membantu saya, oleh itu saya yakin kami mampu buat yang terbaik,”

katanya.

Pereira juga berkata persiapan pasukan yang dilakukan di Vietnam baru-baru ini sangat penting untuknya dan pasukan untuk memastikan mereka dapat bermain sebagai satu unit yang ampuh.


“Ia kejohanan yang bagus di Vietnam kerana penting untuk saya kerana ia beri gambaran kepada saya dengan lebih jelas kapasiti bermain bersama kerana ia berbeza apabila anda melihat dan main bersama.”

Beliau menjadi perhatian peminat selepas berjaya menjaringkan banyak gol ketika kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga yakin musim ini akan menjadi lebih hebat berbanding musim lalu apabila setiap pasukan yang beraksi di Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 membuat persiapan lebih rapi.

“Selain peningkatan kuota pemain import, saya lihat setiap pasukan turut meningkatkan bajet pasukan dan ia secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti liga futsal negara.”

Sementara itu, bekas pemain Shah Alam City itu meletak sasaran untuk Selangor FC Futsal menjadi juara MPFL musim ini.