Mana tahu Allah nak beri rezeki, kita jalankan tugas dulu, rezeki kemudian – Faisal Halim

12

Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim mengakui tugas sukar menanti pasukannya yang akan turun beraksi dalam perlawanan pembukaan Liga Super untuk musim 2024/25 iaitu Piala Sumbangsih menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Menurut Faisal, seluruh peminat bola sepak tanah air tahu bahawa bukan mudah untuk menentang JDT tapi beliau dan rakan sepasukan sudah bersedia.


“Persedian berjalan dengan baik, kami pergi untuk berjuang jadi kita lihat macam mana 10 Mei ini. Saya rasa semua pemain sudah bersedia dan tahu sukar atau senang nak JDT.

Semua orang tahu bukan mudah dan bukan susah. Kita boleh menang dan kita boleh kalah jadi dalam perlawanan tersebut kita perlu beri yang terbaik,”

katanya.

Tambahnya lagi, Selangor kini berada dalam fasa terbaik dibawah kendalian ketua jurulatih baharu Nidzam Jamil yang sedang membina pasukan menjadi lebih ampuh.

Dalam pada itu, beliau juga enggan memikirkan soal keputusan perlawanan tersebut kerana baginya jika ada rezeki pasti mereka akan menang.

“Mana tahu Allah nak beri rezeki, kita jalankan tugas dulu, rezeki kemudian.”