“Musim ini akan ada nama besar bermain untuk Sabah! Sasaran kita kekalkan kejuaraan!”

10

Temubual eksklusif bersama Pengerusi Bola sepak Wanita Sabah merangkap Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Mohd Arziz Afizy Rumsani mengenai perancangan, persiapan pasukan dan harapan untuk menghadapi musim baru Liga Wanita Nasional 2024 (LWN) yang dijangka bermula pada Jun.

Afizy juga berkata antara pemain yang akan sertai wanita Sabah seperti Azurin, Henrietta, Nadia dan JJ. Dikatakan juga ada 2 lagi pemain bintang yang akan turut menyertai pasukan Sabah.


Afizy turut menyatakan ada sesuatu kejutan untuk pasukan wanita Sabah dan bola sepak wanita Malaysia. Pengumuman terdekat akan diumumkan oleh pasukan wanita Sabah.