Jessica Susanne tiada masalah untuk  dapat keserasian dengan rakan sepasukan

17

Pemain wanita Sabah FA, Jessica Susanne memberitahu bahawa beliau sudah pun bersedia untuk mengharungi saingan Liga Wanita Nasional (LWN) untuk musim 2024 yang akan berlangsung pada bulan Jun depan.

Menurut Jessica, beliau tiada masalah untuk mendapat keserasian dengan rakan sepasukannya.


“Kami pernah bermain sekali pada tahun lalu dan untuk tahun ini kita sudah pun menjalani latihan bersama lebih sebulan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sabah yang merupakan juara LWN musim lalu bertekad mahu mempertahankan kejuaraan untuk musim 2024 dan untuk merealisasikan sasaran tersebut, Sabah akan membawa masuk tiga pemain kebangsaan iaitu Henrietta, Nadia dan Azurin.

Selain daripada itu, dilaporkan pihak pengurusan pasukan juga kini dalam perbincangan untuk membawa masuk seorang lagi pemain dalam masa terdekat ini yang dikatakan dapat memperkuatkan pasukan, namun identiti pemain itu belum dapat didedahkan buat masa ini.

Dalam pada itu, Jessica berkata untuk saingan musim ini beliau mahu pasukannya dapat tingkatkan kualiti permainan dari segi teknikal.

“Untuk saya musim ini saya rasa kita kena perbaiki dari segi teknikal.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen