Suzana Zakaria berpuas hati dengan prestasi pasukan biarpun tersingkir dari di suku akhir Piala FA FAS Women Super League

16

Pengurus pasukan bola sepak wanita Selangor FC, Suzana Zakaria berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya dalam kempen Piala FA FAS Women Super League biarpun tewas 2-1 kepada MBSJ FC dalam aksi suku akhir.

“Pertama sekali sudah pasti saya sedikit kecewa tapi melihat kepada persembahan pemain saya berpuas hati dengan prestasi mereka dan sudah pasti kita berjumpa dengan MBSJ yang merupakan sebuah pasukan yang kuat yang mana mereka memberi satu saingan sengit sepanjang perlawanan.

Jadi saya berpuas hati setakat ini dengan prestasi pemain walaupun rezeki tidak berpihak kepada kita malam ini,”

katanya.

Suzana mengakui terdapat perbezaan dari segi umur antara kedua-dua pasukan yang mana Selangor dibarisi ramai pemain muda, manakala pasukan lawan pula mempunyai pemain berpengalaman dan pemain kebangsaan.


Beliau bagaimanapun melihat perkara itu dari sudut positif yang mana pasukan mereka mempunyai ruang untuk meningkatkan lagi prestasi dari semasa ke semasa.

“Dari segi jurang umur memang sedikit berbeza tapi saya percaya dengan bakat-bakat yang ada dekat Selangor FC sekarang kita masih ada peluang dan ruang untuk ‘improve’ dari segi kualiti permainan sebab kita mempunyai pemain lebih muda sudah pasti kita punya banyak aspek yang boleh diperbaiki.”

Dalam pada itu, Suzana juga menyedari bahawa sukar untuk bola sepak wanita mendapat perhatian tetapi pihak mereka akan cuba tingkatkan sedikit demi sedikit kerana ia adalah projek jangka masa panjang Selangor.

“Di SFC kita cuba ‘improve’ sedikit demi sedikit dan sudah pasti projek kita adalah untuk jangka masa panjang samada dari segi bakat pemain itu sendiri mahu pun dari segi pengurusan jurulatih dan semua.

Kita memberi ruang dan peluang kepada semua aspek.”