‘Hard luck’, kita perlu perbaiki kesilapan sendiri – Nur Ainsyah

39

Pemain bola sepak wanita Selangor FC, Nur Ainsyah Murah terpaksa akur apabila pasukannya tewas tipis 2-1 kepada MBSJ FC dalam perlawanan suku akhir Piala FA FAS Women Super League.

Menurut Ainsyah, kesemua pemain berada pada tahap terbaik namun nasib tidak menyebelahi mereka.


“Saya rasa ‘hard luck’ sebab kita sama-sama bagi 100%, mungkin kita kena baiki kesilapan sendiri. Kita semua ‘fit’ tapi kekurangan kawalan bola, sentuhan pertama dan kelajuan di bahagian depan tapi Alhamdulillah semua buat kerja terbaik.

Kita sememangnya tahu pasukan MBSJ adalah sebuah pasukan yang kuat, jadi kita berikan persembahan 100% sepanjang di atas padang,”

katanya.

Ainsyah merupakan antara pemain paling menonjol untuk saingan kali ini dan beliau sendiri bertekad mahu pamer prestasi lebih baik dari musim lalu.

“Memang tahun ini saya nak buat ‘comeback’ dari tahun lepas. Alhamdulillah kalau saya dapat terus konsisten. Saya amat tekankan tahap kecergasan fizikal dan mental untuk pastikan saya dapat kekal konsisten.”

Dalam pada itu, Ainsyah juga berkata selain sasar mahu menyarung jersi pasukan kebangsaan, beliau turut memasang impian untuk bermain di liga luar negara.

“Tahun ini memang saya akan ‘push’ betul-betul kerana bukan saya mahu sarung jersi pasukan kebangsaan sahaja, tetapi juga sasar mahu bermain di liga luar negara.”