Bekas pemain Liga Super banyak bantu pemain muda Harini FT – G. Muthu

1,452

Ketua jurulatih kelab Harini FT, G. Muthu berterima kasih kepada tiga pemain seniornya iaitu K. Reuben dan Farizal Harun banyak membantu pemain-pemain mudanya ketika beraksi di padang.

“Kita memang perlu pemain-pemain yang ada pengalaman dan saya berterima kasih kepada mereka kerana banyak membantu pemain-pemain muda bukan ketika dalam padang sahaja, tetapi juga di luar padang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Muthu turut memuji pemain-pemain mudanya yang sangat komited dan patuh dengan arahan jurulatih dan pemain senior untuk meningkatkan kualiti permainan mereka.


Sumber foto: Harini FT Facebook

Bercerita lanjut mengenai pemain-pemainnya, beliau bersama barisan kejurulatihan lain sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada pemain-pemainnya bagi menaikkan semangat mereka walaupun berdepan dengan lawan yang lebih hebat.

“Ketika kami bertemu pasukan pilihan Respect FC, saya beritahu pemain-pemain saya supaya jangan leka dan sentiasa fokus. Malah saya juga kata kepada pemain saya tidak memikirkan soal umur sebaliknya tunjukkan kemampuan yang ada.”

Harini telah mengejutkan ramai apabila berjaya menumpaskan Respect dengan jaringan 3-1.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai sasaran mereka pada tahun ini, Muthu berkata beliau dan anak buahnya akan berikan yang terbaik sepanjang musim ini.

“Sasaran daripada pihak pengurusan adalah untuk kami sampai ke peringkat suku akhir Liga M3, tetapi saya dan pemain saya turut mempunyai sasaran kami iaitu cuba untuk jadi juara sekaligus dapat merealisasikan impian utama iaitu naik ke Liga Perdana.”

Harini FT yang bersaing dalam kumpulan B kini berada pada kedudukan ketiga liga dengan empat mata selepas tiga dua perlawanan dibelakang PIB FC dan BRM FC.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen