Pelaburan NFT, bantu pasukan tempatan jana pendapatan

2,362

Thai League telah mengumumkan kerjasama bersama syarikat pelaburan matawang kripto iaitu Bitkub.com dengan mengeluarkan sebanyak 1.2 juta kad NFT.

NFT atau non-fungible token merupakan token digital yang membolehkan pemilik menjual dan membeli hak milik aset digital. Antara token digital tersebut adalah seperti lukisan, muzik, animasi dan juga video. Ianya unik dan mempunyai nilai yang tersendiri.


Token ini merupakan satu aset digital yang digabungkan dengan teknologi blockchain. Teknologi ini membolehkan segala maklumat berbentuk digital direkod dan diedarkan tetapi tidak boleh diedit. Ianya eksklusif disebabkan keaslian aset ini.

Langkah yang diambil oleh Thai League merupakan satu perancangan jangka masa panjang untuk memperkenalkan liga di negara Thailand kepada global. Melalui penawaran kad-kad unik dalam bentuk NFT, Thai League sedang menjana pendapatan berikutan kad-kad ini mempunyai harga yang tinggi selain ianya eksklusif dan tidak boleh dicari di tempat lain.

Pengumpul-pengumpul kad ini sudah pasti akan mendapatkan kad-kad unik yang sudah pasti bernilai tinggi. Ianya akan menjadi salah satu pelaburan jangka masa panjang yang akan mendatangkan keuntungan.

Di Malaysia misalnya, Selangor FC merupakan antara kelab yang telah mengambil inisiatif dalam pelaburan NFT ini. Ianya merupakan satu langkah yang bijak yang bukan sahaja boleh menambahkan pendapatan untuk kelab itu sendiri malah turut dapat menarik peminat-peminat yang ingin mengumpulkan koleksi unik pasukan.

Selain Selangor, JDT juga turut mengumumkan akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat antarabangsa dalam usaha untuk mengembangkan lagi pengaruh mereka. Sebagai satu jenama yang sudah kuat di dalam persada bola sepak tempatan, ianya merupakan platform terbaik buat JDT dalam usaha melebarkan sayap mereka supaya lebih dikenali di peringkat global.

Inisiatif yang dilakukan oleh kelab-kelab ini sebenarnya amat bagus memandangkan ianya akan menjadi salah satu cara untuk pasukan memenuhkan kantung kewangan. Selain itu, para peminat juga berpeluang untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif yang ditawarkan oleh kelab yang disokong mereka.

Tambahan pula, kerjasama antara Malaysian Football League (MFL) dan juga syarikat pelaburan matawang kripto, Luno dengan nilai tajaan RM 1 juta juga dilihat sebagai salah satu langkah ke hadapan demi memajukan liga bola sepak tempatan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen