Tujuh pasukan bakal berentap dalam Liga Wanita Nasional 2022

971

Tujuh pasukan bakal berentap dalam kejohanan Liga Wanita Nasional 2022 Zon Utara yang akan bermula Sabtu ini di Padang Esplanade, Taiping.

Kejohanan itu adalah anjuran bersama antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Daerah Larut Matang Dan Selama (PBDLMS).


Pasukan yang mengambil bahagian adalah Perlis United FC, Penang FA, Penang City, PBDLMS Tigress, Kelantan FA, Real CJ dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kejohanan itu akan berlangsung dalam dua pusingan, dengan pusingan pertama bakal berlangsung pada 21 Mei hingga 12 Jun, dan pusingan kedua pada 23 Julai hingga 21 Ogos.

Dua perlawanan bakal berlangsung pada hari pembukaan iaitu antara Perlis United FC dan Penang FA, serta Real CJ dan UUM.

Acara perasmian akan berlangsung pada 22 Mei oleh Penaung Liga Wanita Nasional Zon Utara, Datuk Dr Wan Norashikin binti Wan Noordin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO di Stadium Sultan Yussuf (PULAPEN).

Semoga kejohanan ini dapat mencungkil banyak lagi bakat-bakat baharu demi peningkatan bolasepak wanita negara. Jom ramai-ramai sokong scene bolasepak wanita tempatan!