Saya tetap bangga dengan Selangor FC 2, kami gunakan ramai pemain B-21 dalam musim ini – Rusdi Suparman

763

Ketua jurulatih Selangor FC 2, Rusdi Suparman tetap berbangga dengan pencapaian anak buahnya pada saingan Liga Perdana musim ini walaupun sekadar menduduki tangga kelapan.

Ini kerana, menurutnya, Selangor 2 adalah salah satu daripada dua pasukan yang menurunkan majoriti pemain berusia bawah 21 tahun dalam saingan Liga Perdana musim ini.


“Hanya pasukan Selangor 2 dan Skuad Projek FAM-MSN sahaja yang mempunyai majoriti pemain berusia bawah 21 tahun dan kami merupakan pasukan yang menyumbang pemain untuk kelayakan Piala Asia B-20 di Mongolia baru-baru ini.

Musim depan, 99 peratus pemain-pemain ini masih boleh bermain dalam Liga Simpanan, jika kita dapat kekalkan pemain-pemain sedia ada dan diberi latihan yang cukup baik dan berintensiti tinggi, mereka mampu menyerlah pada musim depan,”

katanya.

Beliau yakin pemain-pemainnya mendapat pengalaman yang berharga berkasi dalam Liga Perdana musim ini dan ia akan memberi impak positif bagi saingan Liga Simpanan musim depan.

Mengenai saingan Liga Simpanan musim depan, beliau berkata sekiranya mereka mampu mendapatkan pemain-pemain import yang baik, ia akan membantu meningkatkan moral pasukan.

“Saya rasa ini mampu beri impak yang baik untuk persaingan musim depan, sekiranya dapat bekerjasama dengan pemain import yang baik, ia pasti  mampu membantu pasukan untuk mencapai kemenangan.”

Pada perlawanan terakhir Liga Perdana sebentar tadi, Selangor 2 tewas kepada Johor Darul Ta’zim II 1-0 menerusi jaringan Daryl Sham pada minit ke-49.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen