Farhan Roslan diintai pasukan gergasi

494

Farhan Roslan atau lebih dikenali juga sebagai Messi Kedah itu tidak lagi bersama Kedah Darul Aman pada musim hadapan.

Khabar angin kuat mengatakan bahawa pemain yang berusia 27 tahun ini bakal bersama pasukan gergasi tanah air yang tidak didedahkan identitinya. Pada ketika itu pasukan Kedah dengan lambakan pemain sayap. Farhan Roslan diberi lampu hijau untuk dipinjamkan ke pasukan lain.


Bekas jurulatih Perak FC Chong Yee Fatt mahu memperkuatkan serangan pasukannya pada ketika itu dengan meminjam Farhan Roslan selama semusim. Jika beliau menunjukkan prestasi yang baik tidak mustahil untuk status pinjaman itu bertukar kepada status perpindahan kekal.

Sumber Foto : Perak FC

Farhan Roslan merupakan prospek yang mempunyai potensi besar jika beliau menemui rentaknya semula. Messi Kedah ini juga cukup terkenal dengan permainan pantasnya seperti lipas kudung apabila bola dikakinya.

Prestasinya agak merudum pada musim 2019 selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada yang menyebabkannya terlepas untuk beraksi selama semusim. Justeru selepas dilema kecederaan yang lama, Farhan mula bangkit untuk mencari rentaknya kembali selaku pemain sayap yang digeruni di negara.

Selain Perak FC, ura-ura mengatakan pasukan Johor Darul Takzim turut mengintai Messi Kedah ini. Namun besar kemungkinan beliau bakal bermain untuk JDT II dahulu bagi mendapatkan prestasi sebenarnya sebelum diserap ke skuad utama JDT.