Wan Rohaimi sudah tidak kendalikan PDRM FC, Razak Jaamadi ambil alih buat sementara waktu

583

PDRM FC dilaporkan sudah berpisah dengan ketua jurulatih mereka, Wan Rohaimi Wan Ismail sejak lebih sebulan lalu.

Menurut sumber dalaman kelab, PDRM kini dilatih oleh jurulatih interim, Razak Jaamadi yang merupakan pengarah teknikal kelab itu.


Menurut sumber tersebut, Razak telah mengambil alih kelab itu sejak 29 Ogos lalu.

PDRM menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di tangga keenam hasil daripada enam kemenangan, tiga seri dan sembilan kekalahan.

Dengan penstuksturan semula liga musim depan, PDRM turut layak beraksi dalam saingan Liga Super.

Pastinya satu nama baru bakal dibawa masuk bagi jawatan ketua jurulatih menjelang saingan musim depan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen