Kedah jumpa pengganti Rizal Ghazali

340

Kedah telah mengumumkan pertahanan kanannya Rizal Ghazali tidak lagi bersama skuad kerana telah berhijrah ke Sabah FC selepas 8 tahun berbakti kepada skuad Hijau Kuning itu. Aidil Sharin pasti mahu mendapatkan segera pengganti kepada Rizal.

Justeru Kedah Darul Aman telah mensasarkan pemain utama Melaka United iaitu Akmal Zahir. Akmal Zahir merupakan tunjang utama pasukan Melaka United pada musim ini apabila berjaya membawa Melaka United FC sehingga ke peringkat separuh akhir.


Akmal Zahir diturunkan sebanyak 15 perlawanan dalam Liga Super musim ini menjadikan beliau antara pemain yang banyak beraksi untuk Melaka United sebagai pertahanan. Selain beraksi di posisi pertahanan kanan, Akmal turut berkebolehan beraksi di posisi bek tengah.

Cara permainan yang keras menjadikan beliau antara pilihan utama Kedah Darul Aman untuk mendapatkannya. Seperti yang kita tahu pemergian Rizal ke Sabah amat meninggalkan kesan kerana konsistensi dan prestasinya yang cukup menakjubkan sebagai seorang pertahanan.

Akmal Zahir juga baru sahaja mendirikan rumah tangga dikhabarkan sangat berminat untuk kembali ke negeri kelahirannya Kedah pada musim hadapan. Beliau merupakan anak jati negeri Kedah jadi semestinya ingin berbakti kepada Kedah Darul Aman setelah 2 tahun bersama Melaka United FC.

Sumber Foto : Melaka United FC Official

Sama-sama kita nantikan adakah skuad Hijau Kuning ini berjaya merekrut Akmal Zahir sebagai pengganti yang tepat bagi posisi yang ditinggalkan Rizal Ghazali.