Berbaloi sambar Nguyen Quang Hai

275

Pemain sayap Vietnam iaitu Nguyen Quang Hai menjadi tumpuan para peminat bola sepak negara setelah berjaya menjaringkan gol menentang skuad Harimau Malaya pada saingan Piala AFF tempoh hari.

Quang Hai begitu lincah dalam mengucar-kacirkan pertahanan negara seterusnya berjaya merobek gawang negara daripada dibolosi. Meskipun baru sahaja berusia 24 tahun, namun Nguyen Quang Hai memiliki pengalaman yang luas dalam bola sepak antarabangsa serta pernah menjulang beberapa trofi dalam kariernya.


Beliau telah meraih beberapa minat pasukan di Malaysia bagi mendapatkannya untuk beraksi dalam kancah Liga Super ini. Antara pasukan yang berminat untuk menandatangani Quang Hai adalah Melaka United FC yang baru sahaja disuntik dana sebanyak RM20 juta oleh pemilik kelab.

Pemain yang beraksi bersama Hanoi FC itu melakukan 132 penampilan sejak 2015 bersama kelab tersebut dan beliau juga berjaya menjaringkan sebanyak 32 gol sepanjang bersama Hanoi FC. Quang Hai bersama Hanoi FC berjaya menjulang trofi kejuaraan Liga Vietnam, dua trofi Piala Super dan dua Trofi Piala Nasional.

Sumber Foto : Hanoi FC Official

Selain itu, di peringkat antarabangsa Quang Hai melakukan 36 penampilan serta menjaringkan 9 gol sepanjang penampilannya bersama skuad Naga Emas. Beliau turut membantu Vietnam memenangi kejuaraan Piala AFF pada tahun 2018 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2019.

Nguyen Quang Hai juga digelar sebagai Paulo Dybala Asia kerana kemahirannya bermain mirip seperti pemain Juventus tersebut. Malahan, beliau gemar melakukan rembatan dari luar kotak penalti serta memiliki skil menggelecek yang sangat baik.

Di samping itu, Nguyen Quang Hai juga pernah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Piala AFF 2018. Dengan memiliki kredibiliti yang tinggi, sudah pasti banyak pasukan mengidam ingin mendapatkan Nguyen Quang Hai sebagai pemain mereka untuk aksi Liga Malaysia. Berdasarkan dana yang diperoleh adakah Melaka United mampu memujuk Nguyen Quang Hai untuk beraksi di Stadium Hang Jebat bagi musim 2022 yang akan bermula tidak lama lagi.

Sumber Foto : Vietnam Football Federation (VFF)
Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen