Pemain angkat kaki dari Sarawak United

322

Para penyokong pasukan Sarawak United sedia maklum dengan tindakan seorang pemain pertahanannya iaitu Taylor Regan menamatkan baki kontraknya selama 12 bulan bersama pasukan terbabit.

Taylor Regan berjaya membantu Sarawak United mara ke saingan Liga Super pada musim hadapan setelah menjadi naib juara Liga Premier musim 2021. Regan memberitahu bahawa pengurusan Sarawak United masih gagal menjelaskan tunggakan gaji selama 4 sehingga 5 bulan.Berikutan daripada situasi tersebut, pemain dari Australia ini mengheret Sarawak United kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


Sumber Foto : Sarawak United FC Official

Ujarnya lagi tahun 2021 adalah musim yang dianggap berjaya dan menyeronokkan tetapi kini tiba masanya untuk mengucap selamat tinggal. Tambahnya lagi, ini adalah keputusan yang sukar kerana beliau masih mempunyai kontrak selama 12 bulan tetapi atas dasar kewangan yang menjadi isu kelab membuatkan beliau tiada pilihan lain. Beliau juga berharap pihak kelab masih mampu mencari jalan penyelesaian untuk membayar gaji rakan sepasukan lain serta barisan kejurulatihan secepat mungkin.

Ungkapan terakhirnya beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pihak untuk masa hadapan serta tidak mengulangi kesilapan yang sama kerana boleh merencatkan perkembangan sesebuah kelab.

Selain Taylor Regan, beberapa pemain turut dikaitkan untuk keluar antaranya ialah Zahril Azri, Christie Jayaseelan yang sedang diintai Kelantan United. Malahan pertahanan utama Sarawak United iaitu Tommy Mawat telah berhijrah ke Sabah FC. Sarawak United patut belajar cara pengurusan daripada Kuching City FC dimana mereka tiada isu tentang masalah pembayaran gaji.

Sumber Foto : Sarawak United FC Official

Disebalik kegelapan pasti ada sinar itulah ungkapan yang sesuai untuk Sarawak United kerana dengan kehadiran semula bekas pemain bintang mereka iaitu Joseph Kalang Tie dapat merubah keadaan serta dapat kembalikan keharmonian dalam kelab. Meskipun sudah mejangkaui zaman kegemilangannya, namun kehadiran beliau dalam skuad kendalian E. Elavarasan itu pasti dinanti  oleh para peminat Bumi Kenyalang.