‘Wonderkid’ V. Ruventhiran mahu jadi Pemain Paling Bernilai (MVP) musim 2022

258

Pemain muda berbakat besar PJ City FC, V. Ruventhiran yakin dengan prestasinya dan mahu bersaing bagi merebut Pemain Paling Bernilai (MVP) di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) pada musim hadapan.

Ruventhiran atau dikenali dengan jolokan ‘wonderkid’ ini menyuarakan keyakinannya apabila dia memperlihatkan prestasi cemerlang sepanjang musim 2021 yang mana dia juga tercalon dalam top 10 kategori Pemain Muda Terbaik pada ABK 21 baru-baru ini.


“Untuk musim depan, saya tidak mahu bersaing untuk kategori Pemain Muda Terbaik sahaja sebaliknya mahu bersaing dengan pemain senior lain dalam merebut anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pada musim hadapan,”

ujarnya kepada Harimau Malaya.

Pemain berusia 20 tahun ini telah mempersembahkan corak permainan yang cukup menarik sekaligus berjaya mendapat perhatian jurulatih P. Maniam untuk kerap menurunkannya.

Walaupun merupakan pemain muda dan baru semusim bersama PJ City FC, namun Ruventhiran sudah membuat 16 penampilan dan menjaringkan 2 gol.

Pasukan yang berpengkalan di Petaling Jaya ini sememangnya terkenal dengan moto mereka iaitu #YakiniLokal yang mana mereka turut berani mempertaruhkan pemain-pemain muda dalam skuad utama.

Dalam pada itu, Ruventhiran mengakui berasa sangat selesa bermain untuk PJ City FC kerana pasukan itu banyak memberi ruang dan peluang kepada pemain muda sepertinya untuk mendapat minit permainan yang mana secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti permainan mereka.

Ruventhiran tidak menafikan dia perlu bekerja keras untuk bersaing dengan pemain-pemain muda lain yang ada dalam pasukan, namun dia mempunyai caranya tersendiri untuk menjadi terbaik.

“Bagi main seorang pemain bola sepak bukan sahaja perlu mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi tetapi juga kebijakkan ketika bermain. Jurulatih kami sangat tekankan perkara ini iaitu jadi seorang pemain yang bijak sekiranya mahu jadi pemain terbaik.”

Selain mahu membantu pasukannya untuk mencapai misi untuk berada dalam kedudukan top 5 di Liga Super serta mahu PJ City FC melangkah jauh dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia, dia juga mempunyai misi dan impiannya tersendiri untuk musim hadapan.

“Untuk musim hadapan fokus utama saya adalah untuk bantu pasukan saya capai keputusan terbaik dan mahu capai impian saya iaitu bermain untuk pasukan Harimau Malaya.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen