Adakah Julian Schwarzer bakal jadi penjaga gol utama Filipina?

862

Mark Schwarzer bukan nama yang asing dalam arena bola sepak antarabangsa di mana beliau pernah beraksi dengan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Chelsea FC, Fulham FC dan Leicester City FC.

Kini anaknya Julian Schwarzer turut mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang penjaga gol.


Meskipun dilahirkan di Harrogate, England, belaiu memilih untuk menyarung jersi untuk skuad kebangsaan Filipina kerana mempunyai kerakyatan negara itu (ibunya berdara Filipina).

Pemain berusai 23 tahun itu sudah pun membuat penampilan bersama Azkals termasuk beraksi dalam dua perlawanan pada kejohanan Piala AFF 2022 menentang Brunei dan Thailand.

Terdahulu, Schwarzer telah membuat debut bersama pasukan kebangsaan Filipina ketika menang 4-1 ke atas Timor Leste apabila masuk sebagai pemain gantian.

Dalam pada itu, pemerhati bola sepak di Filipina melihat Schwarzer sebagai penjaga gol yang perlu diberi perhatian kerana ketangkasan beliau ketika menjaga gawang.

Schwarzer baru sahaja menandatangani kontrak bersama kelab Liga Super iaitu Kuching City FC (KCFC) untuk musim baru Liga Super dan bakal mengawal gawang.

Pemain berusia 23 tahun itu, mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi sebagai penjaga gol nombor satu Filipina meskipun terpaksa bersaing dengan penjaga gol senior, Kevin Ray Mendoza.

Dengan usianya yang muda, tahap permainan Schwarzer masih diperingkat awal dan boleh terus meningkat dari masa ke semasa.

Tidak mustahil suatu hari nanti beliau bakal mengisi posisi sebagai penjaga gol utama Filipina.