Dulu wartawan sukan mana boleh ‘cover’ pasukan kebangsaan terus, harus mula dari peringkat sekolah – Haresh Deol

390

Wartawan sukan terkemuka, Haresh Deol mendedahkan bahawa wartawan sukan pada zaman dahulu harus bekerja keras untuk mendapat ‘lesen’ melaporkan berita-berita yang besar.

Beliau berkata, ketika mula menjadi wartawan sukan, beliau hanya dibenarkan untuk melaporkan kejohanan peringkat sekolah sahaja.


“Wartawan pada zaman ini mereka boleh terus pergi tugasan melibatkan pasukan kebangsaan walaupun baru sahaja bekerja, kami dahulu harus buktikan kami layak.

Saya masih ingat byline pertama saya dahulu merupakan perlawanan hoki antara dua sekolah di kawasan Keramat,”

katanya.

Tambahnya, beliau hanya dibenarkan untuk menulis kolum sendiri selepas sepuluh tahun bekerja.

Menurutnya, beliau merupakan generasi terakhir yang mempraktikkan amalan tersebut sebelum ia tidak lagi dipakai pada zaman ini.

“Itu merupakan satu system pembelajaran di mana sesorang wartawan itu perlu menunjukkan bahawa beliau benar-benar mengetahui dan mendalami sesuatu perkara, baru dibenarkan untuk menulis pendapatnya menerusi kolum.

Saya juga adalah generasi terakhir yang merasakan proses pembelajaran sebegitu dalam dunia kewartawanan.”

Haresh telah berkecimpung dalam dunia kewartawanan sejak 23 tahun yang lalu dan kini merupakan pengasas bagi agensi berita Twenty Two 13.

Beliau pernah menerima anugerah Malaysian Press Institute sebanyak dua kali, selain anugerah daripada Persatuan Penulis Sukan Malaysia sebanyak tujuh kali.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen