Persaingan lima penjuru, kerusi panas Presiden PSSI jadi rebutan

417

Sebanyak lima calon bakal merebut jawatan sebagai presiden bagi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) yang akan diadakan ketika Kongres Luar Biasa (KLB) pada 16 Februari 2023.

Penyandang jawatan tersebut Mochamad Iriawan (Iwan Bule) sah tidak akan mempertahankan jawatan yang dimenanginya pada tahun 2019.


Iwan Bule turut berpesan kepada bakal presiden yang mereka tidak boleh penat dalam memajukan bola sepak Indonesia kerana sukan ini merupakan penyatu bangsa buat negara itu.

Beliau turut menyatakan tragedi Kanjaruhan yang telah menggorbakan 182 nyawa seharusnya  dijadikan pengajaran agar bola sepak Indonesia terus maju di masa hadapan.

Antara calon yang bakal merebut kerusi panas presiden ialah La Nyalla Mattalitti, Erick Thohir, Ratu Tisha, Maruarar Sirait dan Dudung Abdurachman.

Antara calon-calon tersebut, calon yang menjadi tumpuan ialah bekas presiden PSSI, La Nyalla yang pernah menjawat jawatan tersebut pada tahun 2013 sehingga 2015.

Beliau merasakan yang beliau perlu kembali untuk menjawat jawatan itu kerana mempunyai ramai pengikut dan juga masih lagi terlibat dalam pengurusan PSSI yang sekarang.

Calon yang kedua ialah Erick, di mana penyokong Indonesia merasakan beliau merupakan individu paling layak untuk memperbaiki organisasi PSSI yang kurang kompeten dan pengalaman beliau sebagai presiden kelab gergasi Itali iaitu Inter Milan nilai tambah kenapa mereka inginkan beliau.

Seterusnya, nama Maruarar juga turut di sebut oleh penyokong Garuda untuk jadi presiden kerana kejayaanya dalam menganjurkan Piala Presiden edisi 2017, 2018, dan 2019.

Manakala calon keempat pula adalah Dudung, beliau merupakan calon pilihan PSSI sendiri apabila mereka merasakan beliau adalah calon tepat untuk menjawat jawatan tersebut kerana kejayaannya menganjurkan sebuah Liga Santri 2022.

Akhir sekali, Setiausaha Agung PSSI iaitu Ratu Tisha turut bertanding apabila beliau mencadangkan namanya untuk merebut jawatan tersebut. Beliau juga merupakan wakil PSSI di Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF).

Sesiapa pun yang akan menjadi presiden baru PSSI, calon itu sudah pasti mempunyai tugas yang sukar kerana Iwan Bule telah melakukan satu tugas yang sangat cemerlang dan diharap presiden baru dapat mengulangi kejayaannya itu.