Goh Jin Wei kembali beraksi

179

Pada bulan September yang lalu Goh Jin Wei mengumumkan persaraannya daripada arena badminton diatas faktor kesihatan setelah menjalani pembedahan membuang sebahagian usus perutnya pada pertengahan tahun 2019.

Goh Jin Wei yang baru berusia 21 tahun, merupakan bekas juara remaja dunia dilihat aktif melakukan latihan untuk mendapatkan kembali kecergasan dan momentumnya dalam gelanggang badminton. Baru-baru ini Goh Jin Wei turun beraksi semula buat pertama kalinya semenjak mengumumkan persaraan pada bulan September yang lalu.


Jin Wei mengakui tahap kecergasannya merosot dengan mendadak setelah lama berehat dari sebarang kejohanan. Beliau berjaya mendapat tempat kedua dalam acara beregu campuran mewakili kelab badminton Butterworth bagi saingan Purple League.

Selain itu, ada juga ura-ura mengatakan bahawa Goh Jin Wei ingin beraksi secara berpasukan bersama Cheam June Wei dalam kategori beregu campuran. Hal ini kerana Goh Jin Wei lebih cenderung untuk beraksi secara beregu berbanding perseorangan seperti sebelum ini. Beliau dalam usaha untuk mendapatkan semula prestasi sebenarnya sebelum berfikir mengenai dengan siapa bakal beliau bergandingan.

Goh Jin Wei turut mensasarkan untuk beraksi di kejohanan besar pada masa akan datang setelah kesihatanya kembali pulih. Sekarang Jin Wei masih bergantung kepada ubat-ubatan untuk mengatasi masalah kesihatannya.

Peminat semestinya tertunggu akan kehadiran semula Goh Jin Wei beraksi di arena badminton negara. Adakah tahun hadapan beliau bakal kembali ke pentas antarabangsa dan beraksi di acara beregu campuran, sama-sama kita nantikan pada tahun hadapan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sumber Foto : Butterworth BC