Jeremy Lim mungkin bakal beraksi dalam Liga M3 musim ini

373

Bekas pemain PJ City FC, Jeremy Lim mendedahkan beliau kini sedang menajalani sesi percubaan untuk sebuah kelab yang akan beraksi dalam saingan Liga M3 pada musim ini.

Jeremy bagaimanapun tidak dapat mendedahkan identiti kelab tersebut berikutan ia masih lagi di peringkat awal.


“Saya dihubungi oleh sebuah kelab yang memberi tawaran untuk saya dating sesi trial dan ketika ini saya masih lagi dalam dalam trial. Namun saya tidak dapat dedahkan identiti kelab tersebut, tapi apa yang saya boleh beritahu adalah kelab itu bermain di Liga M3,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada musim lalu, pemain berusia 24 tahun itu hanya sempat bermain dalam tujuh perlawanan sahaja selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan terpaksa menjalani pembedahan.

Bagaimanapun ketika sedang dalam proses pemulihan, beliau terkejut apabila mendapat perkhabaran duka susulan pengurusan PJ City mengambil keputusan menarik diri dari menyertai saingan Liga Super 2023.

“Memang rasa terkejut juga kerana ketika itu saya baru selesai menjalani pembedahan dan masih bertongkat apabila dapat tahu berita PJ City tarik diri.”

Jeremy yang merupakan anak kepada bekas pemain Lim Yu Po yang pernah bermain untuk pasukan Melaka pada era 80an memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan PKNP FC.

Namun apabila pasukan itu dibubarkan, beliau telah berhijrah ke pasukan yang diberi jolokan The Phoenix itu selepas mendapat tawaran daripada ketua jurulatih P. Maniam.

“Ketika bersama PKNP saya tidak mendapat sebarang minit permainan. Tapi kemudian saya dapat tawaran daripada bekas jurulatih saya iaitu P. Maniam yang ketika itu mengendalikan PJ City dan saya ambil keputusan untuk berhijrah demi mencari minit permainan.”

Dalam pada itu, beliau berkata untuk musim 2023 ini fokusnya kini hanya untuk bermain bola sepak sekaligus meneruskan impiannya untuk kekal sebagai pemain bola sepak profesional.