Theeraton Bunmathan beri bayangan Piala AFF 2022 mungkin akan jadi edisi yang terakhir buat dirinya

2,078

Kapten pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan memberi bayangan bahawa kejohanan Piala AFF 2022 mungkin menjadi edisi terakhir buat dirinya selepas mengulas mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan untuk kejohanan itu.

Beliau berkata demikian selepas berjaya membantu skuad Gajah Perang menjulang Piala AFF buat kali ketujuh apabila menewaskan Vietnam dengan agregat 3-2.


Theerathon menjadi antara tonggak utama dalam kejohanan kali ini apabila beliau berjaya mengemudi pasukan itu menang sebanyak tujuh kali dan hanya tewas (1-0) sekali di tangan Malaysia pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tidak dapat dinafikan pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi yang cukup berkualiti dek pengalamannya yang pernah beraksi bersama salah sebuah kelab terbaik di Asia iaitu Yokohama F Marinos di J League.

Selain Yokohama F Marinos, beliau juga pernah beraksi bersama sebuah lagi kelab gergasi Jepun iaitu Viseel Kobe.

Kini beliau kembali pulang ke tanah air untuk beraksi bersama gergasi Thai League 1, Buriram United.

Dalam pada itu, kualiti yang dipamerkan oleh Theerathon menyaksikan beliau dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP) kerana kemampuannya beraksi di mana-mana posisi.

Beliau dalam satu temubual selepas perlawanan turut berharap pihak penganjur Piala AFF akan menggunakan tekonologi VAR (video assistant referee) pada edisi 2024 supaya tiada sebarang keputusan kontroversi berlaku sepanjang perlawanan berlangsung.

Tambahnya lagi dengan penggunaan VAR kualiti kejohanan Piala AFF dapat diptertingkatkan setaraf kejohanan berprestij di Asia.

Untuk rekod, Theerathon telah membuat 83 penampilan bersama skuad Thailand dan telah menjaringkan tujuh gol bersama skuad itu.