Malaysia terima wang ganjaran sebanyak RM200,000 di kempen Piala AFF 2022

1,817

Piala AFF 2022 telah melabuhkan tirainya dengan Thailand berjaya menjulang trofi kejohanan itu selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 3-2 pada perlawanan akhir.

Namun, kehangatan Piala AFF masih dapat dirasai dengan pasukan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir turut mendapat wang ganjaran.


Pasukan bola sepak Malaysia berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM200,000 ($50,000).

Ganjaran itu diterima susulan kejayaan skuad Harimau Malaya yang berjaya mara ke separuh akhir kejohanan itu.

Indonesia juga menerima hadiah kemenangan yang sama seperti Malaysia berikutan kejayaan mereka mara ke separuh akhir Piala AFF.

Manakala, bagi pasukan juara iaitu Thailand, mereka telah menerima wang ganjaran sebanyak lebih RM865,000 ($200,000).

Selain daripada itu, pasukan Gajah Perang itu juga menerima RM2.61 juta (20 juta bhat) daripada pengurus pasukan Nualphan Lamsam (Madam Pang) susulan kejayaan mereka mara ke perlawanan akhir dan persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) turut memberi habuan RM638,000 (5 juta bhat) kepada mereka.

Secara keseluruhan mereka akan menerima RM4.6 juta (35 juta bhat) wang ganjaran selepas berjaya jualang Piala AFF.

Dalam pada itu, pasukan yang muncul sebagai naib juara Vietnam juga menerima habuan mereka lebih RM432,000 ($100,000).

Terdahulu, setiap pemain Vietnam telah menerima RM373.06 (2 juta VDN) daripada Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) kerana mempamerkan persembahan yang cemerlang sepanjang kempen Piala AFF.

Manakala pasukan yang terkandas di peringat kumpulan seperti Filipina, Kemboja, Brunei, Laos, Myanmmar, Singapura dan Laos pula pulang dengan tangan kosong.

Hadiah ganjaran hanya diberi jika sesebuah pasukan itu sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir dan pekara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Thailand, Patit Suphaphong.

Namun, hadiah kemenangan tersebut tidak boleh menjadi ukuran untuk mana-mana pasukan kerana setiap pasukan yang bertanding pasti akan beri yang terbaik.

Diharap Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) boleh mengubah format ganjaran untuk kejohanan ini agar semua pasukan yang bertanding akan memperolehi sesuatu meskipun terkandas di peringkat kumpulan.