Sentiasa komited melakukan kerja, inilah menteri yang kita mahukan!

1,602

Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli telah meletakkan standard yang tinggi di Kementerian Belia & Sukan (KBS) di mana mereka berdua begitu komited melakukan kerja.

Hannah dan Adam juga menegaskan yang mereka tidak memerlukan protokol yang berlebihan serta membuang masa di mana setiap warga KBS perlu menunggu serta berdiri selama berjam-jam untuk menunggu kehadiran mereka.


Apa yang penting ialah seluruh warga KBS melakukan kerja dengan baik seperti apa yang diminta oleh mereka.

Itulah sikap pemimpin yang rakyat mahukan di mana menteri sentiasa memberikan keutamaan pada kerja dan memetingkan keputusan daripada perkara yang tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, sejak dilantik menjadi sebagai Menteri KBS Hannah tidak berhenti melakukan kerja dan sentiasa menghadiri program yang dianjurkan daripada pagi hingga ke malam.

Beliau juga sentiasa menyantuni atlet dan juga bekas atlet jika berkesempatan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Sebagai bekas atlet, Hannah telah memperlihatkan satu teladan yang begitu baik untuk para atlet Malaysia.

Menteri berusia 44 tahun itu juga telah menetapkan standard yang agak tinggi utuk para atlet agar mereka sentiasa rajin berusaha dan berjuang untuk negara.

Terdahulu, Hannah telah mendapat banyak pujian sejak menjadi menteri kerana beliau banyak melakukan inisiatif yang bagus untuk rakyat serta atlet.

Antara inisiatif yang beliau dah lakukan ialah membuat tayangan skrin besar bagi perlawanan separuh kedua Piala AFF 2022 di 19 lokasi berbeza.

Hannah dan Adam turut turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi melakukan pemeriksaan keadaaan padang sebelum kempen Piala AFF bermula.

Selain itu, beliau juga berusaha untuk menyelesaikan masalah gangguan seksual yang melibatkan atlet renang dan turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menggubal Akta Anti-Gangguan Seksual.

Namun, ada satu lagi cabaran besar menanti Hannah dan KBS iaitu cuba untuk menyelesaikan isu gaji yang melibatkan pasukan Liga Malaysia yang sudah berlarutan sekian lama.

Kes terbaru ialah melibatkan pasukan Melaka United FC di mana kelab tersebut mempunyai masalah tunggakan gaji sebanyak RM23 juta.

Selain Melaka United, sebuah lagi pasukan iaitu Sarawak United FC juga berdepan masalah sama apabila tidak membayar gaji pemain tiga bulan.

Semoga Hannah dan KBS akan membantu para atlet yang terlibat dalam kes ini dan akan bekerjsama dengan pihak yang berkenaan untuk menyeslesaikan masalah ini.

Di harap sukan negara akan terus berkembang dan maju sebab negara kini mempunyai menteri serta timbalan yang begitu cekap melakukan kerja.