Trend ambil pemain naturalisasi yang membimbangkan untuk pasukan bola keranjang negara?

348

Bagaikan satu trend untuk perancangan jangka pendek dalam pemilihan pemain oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MaBa) apabila mereka memutuskan untuk mengikut jejak langkah kebanyakkan pasukan kebangsaan di Asia Tenggara (ASEAN) untuk menaturalisasikan pemain luar negara terutama dari Amerika Syarikart (AS).

Kelebihan fizikal serta ketinggian antara faktor yang dipertimbangkan oleh MaBa untuk mengambil pemain naturalisasi bagi mengutakan pasukan bola keranjang Malaysia.


Menurut Presiden Maba, Datuk Seri Lee Tian Hock menyatakan pihak mereka sudah mengenal pasti beberapa pemain untuk dinaturalisasikan untuk kedua-dua skuad lelaki dan juga wanita.

Namun, terdapat dua nama yang dicanang oleh MaBa di mana pemain itu ialah berasal dari AS iaitu Tevin Charles Glass dan Amir Darrion Williams yang mempunyai ketinggian 207 sentimeter (cm) dan 212 sm serta bermain untuk pasukan NS Matrix.

Dalam pada itu, pasukan yang beraksi di ASEAN Basketball League iaitu NS Matrix mempunyai perancangan yang sama seperti kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu untuk memajukan sukan bola sepak serta bola keranjang di Malaysia.

Mereka sedar yang kebanyakkan pemain negara kurang dari segi fizikal serta ketinggian jadi mereka memutuskan untuk mengambil pemain seperti Glass dan Williams untuk menguatkan pasukan mereka.

Usaha seperti ini wajar dicontohi oleh pasukan lain kerana apa yang dilakukan oleh NS Matrix ini adalah unutk kemajuan bola keranjang negara sehingga ada dua pemain dari kelab mereka bakal di naturalisasikan untuk menguatkan pasukan bola keranjang kebangsaan.

Mengambil pemain naturalisasi untuk pasukan kebangsaan seperti sudah menajdi satu trend di rantau ASEAN untuk mereka menguatkan pasukan kebangsaan lelaki di negara masing-masing.

Mengambil pemain naturalisasi sememangnya tidak salah namun, ianya bukan satu perancangan jangka panjang yang baik untuk pembangunan bola keranjang negara kerana jika menggunakan perancangan jangka pendek seperti ini bola keranjang negara tidak akan mempunyai masa depan yang cerah.

Untuk rekod, kali terakhir skuad bola keranjang lelaki kebangsaan memenangi pingat emas untuk temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ialah pada tahun 1989 ketika Malaysia menjadi tuan rumah dan ianya 34 tahun lepas.

Kali terakhir pasukan lelaki memenangi pingat pula ialah pada temasya sukan SEA 2007 iaitu pingat gangsa.

Manakala, untuk pasukan wanita pula ialah pada temasya sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur di mana mereka berjaya membawa pulang pingat emas dan edisi di Hanoi, Vietnam tahun lalu mereka sekadar membawa pulang pingat gangsa.

Untuk Sukan Asia pula, kali terakhir pasukan lelaki dan wanita layak ke temasya sukan berprestij itu ialah pada edisi 2018 di Indonesia untuk acara 3×3 dan mereka tidak membawa pulang sebarang pingat.

Oleh sebab itu, pengambilan pemain naturalisasi ini hanya baik untuk jangka pendek sahaja kerana ketika Malaysia menang pingat emas sukan SEA terutama pasukan lelaki mereka semua dibarisi pemain tempatan.

Jikalau dulu boleh sekarang mengapa tidak boleh?

Peminat bola keranjang dan MaBa perlu sabar untuk membangunkan sukan ini terutama di peringkat akar umbi.

Mereka harus mempunyai asas yang kukuh terlebih dahulu baru boleh melahirkan pemain yang bagus seperti zaman dahulu.

Diharap sukan bola keranjang di negara akan terus membangun seperti sukan bola sepak.