Peminat tak gembira Mat Don dikatakan bakal pulang ke Darul Aman

159

Kepulangan Syafiq Ahmad ke pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) disambut baik peminat, namun apabila khabar angin mengatakan pemain naturalisasi negara yang cukup terkenal di kalangan peminat KDA FC iaitu Liridon Krasniqi lain pula reaksi daripada peminat.

Rata-rata peminat skuad Hijau Kuning nyata tidak gembira apabila mendapat tahu terdapat kemungkinan pemain dari Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang dipinjamkan ke sebuah kelab di India, Odisha FC akan dipinjamkan ke KDA FC pula untuk musim 2022.


Salah seorang peminat di Facebook iaitu Shaharin Yusof berpendapat bahawa Liridon atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Don bukan lagi seperti pemain yang dahulu.

“Tiada apa yang perlu diharapkan daripada Mat Don,”

tulis Shaharin Yusof.

Ridzuwan Eirwan pula mengecam tindakan pihak pengurusan KDA FC yang seperti terdesak dan sanggup ambil pemain ‘reject’.

“Macam tak ada pemain negara lain nak beli. Ambil semua yang ‘reject’, dulu dengan Kedah nak keluar sangat.”

Selain itu, Zulkifli Bin Ismail Zul pula berkata dia sudah bosan dengan permainan Mat Don yang kini sudah tidak ‘secantik’ seperti dahulu.

Peminat-peminat tegar KDA FC berharap khabar angin perpindahan Mat Don kerana berdasarkan prestasi semasa Mat Don ia akan menjadi satu percaturan yang akan merugikan pasukan.

Terdahulu Mat Don mula mencipta nama di Liga Malaysia pada tahun 2015 bersama KDA FC yang mana pasukan ketika itu berada dalam situasi goyah sebelum.

Kemasukan Mat Don nyata memberi impak yang cukup besar buat pasukan apabila sumbangannya dalam pasukan telah berjaya membawa KDA FC naik semula ke Liga Super dan merangkul pelbagai kejuaraan.

Bagaimanapun isu ‘besar kepala’ Mat Don mula menjadi buat mulut peminat apabila terdapat khabar angin mengatakan pemain itu ada konflik dengan jurulatih, termasuk perpindahan ke kelab selatan tanah air.

Mat Don akhirnya berpindah ke Melaka United FC pada tahun 2019, namun hanya membuat enam penampilan sahaja pada musim tersebut. Pada 2020, Mat Don berhijrah ke JDT sebelum dipinjamkan ke Newcastle Jets (Australia) dan terbaru Odisha FC (India) secara pinjaman.

Dalam pada itu, selain Mat Don, dua lagi pemain lain dikaitkan dengan KDA FC pada musim hadapan iaitu seorang lagi pemain naturalisasi JDT iaitu Mohamadou Sumareh dan pemain import dari UiTM FC, Dennis Buschening.

Adakah ia sekadar khabar angin yang akan berlalu pergi begitu sahaja atau memang benar mereka ini akan memperkuatkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak pada musim hadapan? Sama-sama kita tunggu.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen