Musim ini KL City FC tak tempat ketiga, tempat keempat – Haqimi Azim

404

Penyerang KL City FC, Haqimi Azim tekad bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pasukan itu musim depan walaupun ada menerima tawaran daripada kelab-kelab lain.

Beliau berkata, walaupun barisan hadapan KL City akan lebih ‘padat’ dengan kehadiran pemain-pemain baru seperti Herlison Caion dan Tchetche Kipre, beliau tetap bersedia berjuang untuk tempatnya.


“Saya akui agak sukar nak bersaing dengan pemain import yang baru seperti Caion dan Kipre, serta pemain lain seperti Romel Morales dan Paulo Josue, tetapi saya tetap akan rebut tempat walaupun untuk senarai simpanan.

Buat masa ini saya mahu fokus bersama KL City sahaja dan tidak terfikir langsung untuk ke pasukan lain walaupun secara pinjaman,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata akan cuba mendapatkan tempat walaupun jika disuruh bermain di bahagian sayap sekalipun.

Sementara itu, beliau menyasarkan KL City mampu menamatkan saingan liga di tangga ketiga atau keempat pada musim depan berdasarkan persediaan mereka.

“Posisi mana pun saya tak kisah yang penting saya dapat main, tidak kiralah di bahagian sayap sekalipun.

Saya harapkan penyokong terus berikan sokongan padu kepada kami, musim ini kalau tak nombor tiga, nombor empat.”

Tambah Haqimi, beliau tidak terfikir lagi buat masa ini mengenai peluangnya untuk disenaraikan dalam skuad Piala Asia.

Katanya, apa yang penting adalah memberikan yang terbaik jika diberi peluang dan jika persembahannya mampu memikat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sekali lagi, beliau amat bersyukur.