Pemain nangis kecewa lepas tewas kepada Sepanyol, tekad bangkit untuk baki perlawanan Piala Dunia – Mirnawan Nawawi

279

Pengurus pasukan hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi mengakui yang para pemain negara sememangnya kecewa sebaik sahaja tewas kepada pasukan Sepanyol menerusi penalty ‘shoot-out’ yang menyaksikan mereka gagal melayakkan diri untuk ke peringkat suku akhir Piala Dunia Hoki 2023.

Mirnawan turut menjelaskan situasi di bilik persalinan amat sunyi selepas tamat perlawanan sehingga ada menitiskan air mata namun, ianya satu tanda yang positif kerana para pemain telah memberikan jiwa dan dan raga mereka di atas padang.


“Ada yang menitiskan air mata dan suasana di bilik persalinan senyap sunyi.

“Tetapi ini satu tanda yang positif kerana itu menunjukkan pemain pemain memberikan jiwa dan raga mereka atas padang.”

katanya kepada Harimau Malaya.

Namun, kekalahan itu mematahkan semangat The Speedy Tigers kerana mereka sedar yang tugas mereka belum selesai dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk perlawanan akan datang.

Para pemain turut mempunyai mentaliti bertaraf dunia kerana mereka akan membawa tenaga serta persembahan ketika menentang New Zealand dan Sepanyol untuk menentang Afrika bagi merebut kedudukan kesembilan hingga 16 terbaik meskipun hanya mempunyai tempoh dua hari sahaja untuk melakukan persiapan.

Mirnawan juga turut yakin yang para pemain hoki negara akan memberi keputusan yang positif untuk perlawanan yang seterusya jika mereka mempamerkan persembahan yang sama ketika menentang New Zealand dan Sepanyol.

“Jika mereka pamerkan persembahan yang sama ketika menentang Afrika Selatan, kita boleh mendapat keputusan yang positif.

“Kemahuan dan kepercayaan itu adalah kuncinya.”

Selain itu, Mirnawan berkata para pemain juga turut mempamerkan aksi yang cukup baik sepanjang kempen Piala Dunia ini berlangsung dan berjaya mendapat hasil yang baik.

Dalam pada itu, bekas pemain hoki negara itu turut menjelaskan yang pentas Piala Dunia ini juga amat penting untuk melihat perkembangan pemain-pemain muda beraksi.

Tambahnya, kejohanan ini akan menjadikan pemain muda seperti Shahmie Irfan akan lebih matang  untuk mereka hadapi kejohanan besar pada masa akan datang.

Selain daripada itu, pasukan hoki juga akan mempunyai ‘pool of players’ yang lebih besar pada masa akan datang.