Pemain baru KL City FC bukan saja-saja dibeli, mereka untuk pastikan kita banyak ‘skuad depth’ – Kenny Pallraj

466

Pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj menyatakan setiap pemain baru yang dibeli oleh kelab mempunyai peranan masing-masing dalam pasukan yang perlu dimainkan bagi membantu pasukan untuk menghadapi saingan Liga Super 2023.

Beliau turut menyatakan yang jurulatih serta pihak pengurusan bukan saja-saja menandatangani pemain-pemain baru tetapi mereka dibeli agar pasukan KL City mempunyai ‘skuad depth’ yang baik.


“Yang penting pemain baru ada peranan masing-masing dalam pasukan.”

“Kita bukan saja sign siapa-siapa tapi untuk mengisi tempat yang memerlukan lebih banyak depth.”

Katanya kepaada Harimau Malaya

Antara pemain baru yang telah menyertai KL City ialah Matko Zirdum, Patrick Reichelt, Kipre Tchetche, Sebastian Avanzini dan Herlison Caion.

Sementara itu, pemain berusia 29 tahun itu juga turut menyatakan The City Boys telah membuat persiapan yang mantap untuk menghadapai musim liga yang baru.

Pasukan KL City juga turut melakukan latihan pra musim yang cukup baik di mana mereka banyak memberi fokus kepada latihan taktikal dan juga kecerdasan.

“Kami tengah membuat persiapan yang mantap bagi saya dan latihan pra musim juga berlangsung dengan baik.”

Ditanya mengenai jumlah pasukan yang akan bertanding pada musim baru Liga Super, Kenny meluahkan yang saingan liga akan jadi lebih kompettitif kerana akan ada lebih banyak perlawanan serta dapat beri peluang pada pemain untuk bersaing dan bermain.

Beliau juga berpendapat ianya merupakan satu format yang cukup mantap.

Selain itu, Kenny turut menyatakan sasaran peribadinya bagi saingan Liga Super serta pertandingan domestik di mana beliau menyasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya empat pasukan teratas serta mara ke perlawanan akhir kesemua piala domestik.

Dalam pada itu, pemain kelahiran Ipoh, Perak itu turut berkongsi pendapatnya apabila ditanya mengenai khabar angin yang KL City bakal dibeli oleh seorang jutawan muda.

Menurut Kenny, ianya merupakan satu berita yang cukup baik tidak kira samada berita itu benar atau tidak dan ianya terpulang pada pihak pengurusan untuk membuat keputusan.

Jika ianya merupakan satu keputusan yang baik maka ia akan menjadi satu dorongan yang baik untuk pemain KL City untuk beraksi dengan lebih baik di atas padang.

Di samping itu, Kenny turut berharap yang penyokong KL City akan terus menyokong mereka dan cuba buat yang terbaik sekaligus dapat mengharumkan nama kelab.

Semoga berjaya buat Kenny Pallraj dan juga seluruh pasukan KL City untuk musim baru Liga Super 2023.