Jafri Firdaus Chew: kurang minit permainan

410

Jafri Firdaus Chew mengakui pada musim lepas beliau kurang mendapat minit permainan setelah beraksi sebanyak empat perlawanan sahaja.

Jafri bermain di posisi penyerang berkata, faktor beliau kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama kerana masalah prestasi yang tidak menentu.


Tambahannya, setelah setahun beliau tidak mempunyai pasukan jadi agak sukar baginya untuk membuat kemunculan semula sebagai pemain utama pasukan.

“Saya baru membuat kemunculan semula selepas setahun tiada pasukan jadi untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama agak sukar,”

ujarnya kepada Harimau Malaya
Sumber Foto : Penang FC Official

Menurut Jafri lagi, sasarannya pada musim hadapan adalah beliau ingin mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan berusaha keras untuk memastikan dirinya sentiasa di prestasi terbaik.

Selain itu, Tomas Trucha selaku ketua jurulatih Penang banyak memberi galakkan kepadanya untuk meningkatkan prestasi serta rajin memberi nasihat kepada Jafri memperbetulkan kesilapan semasa dalam padang.

Jelasnya lagi, penyerang import Penang iaitu Casagrande banyak membantunya untuk menjadi penyerang yang lebih prolifik dan Jafri juga banyak menimba ilmu daripada pengalaman penyerang tinggi lampai itu.

Malahan, Casagrande juga bersaing secara sihat dengannya untuk mendapat tempat kesebelasan utama.

Pada waktu yang sama, Jafri juga berkata Casagrande banyak mengajarnya cara tandukan yang betul kerana kelebihan dia adalah “heading”.

“Semasa latihan hari-hari saya bersama Casagrande, saya ambil ilmu-ilmu dari pengalaman dia dan saya belajar. kita juga bersaing secara sihat, tidak mencederakan antara satu sama lain bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama yang ditentukan oleh jurulatih,”

Jafri yang pernah bermain bersama skuad Harimau Malaya bawah 23 tahun, berjaya meraih pingat perak semasa di Sukan SEA memberitahu bahawa beliau mengimpikan untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan setelah lama tidak mendapat panggilan untuk sebagai pemain negara.

Sumber Foto : Penang FC Official