Dania mahu ikut jejak langkah idola Tai Tzu-ying

322

Pemain badminton muda berbakat besar, Dania Sofea mahu mengikut jejak langkah idolanya pemain badminton wanita Tai Tzu-ying.

Pemain berasal dari Taiwan itu berjaya menjadi pemain No.1 dunia ketika berusa 22 tahun dan memegang rekod itu paling lama dalam sejarah Persatuan Badminton Dunia (BWF).


“Saya sangat meminati Tai Tzu-ying kerana beliau mempunyai skil badminton yang cukup hebat. Saya sering menonton perlawanan beliau di YouTube untuk melihat aksi hebat ketika berentap di gelanggang.

Saya bukan tonton sahaja, sebaliknya turut belajar teknik dan strategi permainan beliau yang mana saya akan terapkan dalam setiap permainan saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.
Sumber foto: Tai Tzu-ying Instagram

Dalam pada itu, Dania turut meluahkan rasa simpatinya terhadap bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei yang mengejutkan dunia badminton baru-baru ini apabila mengumumkan persaraan pada usia 21 tahun akibat perlu menjalani tempoh pemulihan yang panjang selepas jalani pembedahan perut.

Dania meletakkan sasaran untuk terus beraksi di gelanggang sehingga usianya mencecah 35 tahun sebelum ambil keputusan untuk menggantung raket.

Berada di kelas tersendiri, Dania sering menyertai kejohanan bagi kategori terbuka lelaki demi meningkatkan kualiti permainannya.

“Saya memang selalu sertai kejohanan badminton terbuka lelaki kerana ia adalah satu latihan yang baik untuk saya tingkatkan mutu permainan saya.

Walaupun sibuk dengan dunia badminton dan pelajaran, Dania juga sama seperti remaja-remaja lain yang mempunyai minat atau hobinya tersendiri iaitu gemar membaca dan mengumpul komik.