Bola sepak peringkat belia semakin berkembang di Malaysia – Sean Daniel Van Dam

1,066

Pemain Skuad Projek FAM-MSN, Sean Daniel Van Dam menyifatkan bola sepak peringkat belia di Malaysia semakin berkembang pesat pada hari ini.

Beliau mahu melihat lebih ramai pemain warisan sepertinya yang memeriahkan lagi saingan Piala MFL selepas ini.


“Saya rasa sekarang ini bola sepak peringkat belia di negara ini meningkat dengan mendadak.

Saya harap dapat melihat lebih ramai lagi pemain seperti saya yang menyertai saingan liga ini pada masa depan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan menentang PDRM B-23 dalam saingan Piala MFL yang menyaksikan pasukannya tewas 2-1.

Sementara itu, beliau mengakui masih banyak yang boleh diperbaiki olehnya selepas perlawanan tersebut.

“Saya sudah berikan 100 peratus di atas padang tetapi saya rasakan saya boleh lakukan lebih baik lagi pada perlawanan selepas ini.

Saya rasakan yang saya mampu tingkatkan lagi permainan dari segi fizikal dan mental.”

Dalam pada itu beliau mengakui gementar dan teruja untuk bermain dalam saingan Piala MFL musim ini dan mahu membuktikan keupayaannya.

Beliau menyasarkan untuk mencuba sedaya upaya supaya terpilih mewakili Malaysia B-17.