Fergus Tierney mahu terus sumbang cipta kejayaan bersama pasukan kebangsaan

1,535

Pemain pasukan kebangsaan B-22, Fergus Tierney memberitahu beliau berbangga apabila dapat menyumbang tenaga buat pasukan dan harap akan dapat terus menyumbang tenaganya pada temasya Sukan SEA Kemboja pula nanti.

Fergus menjadi salah satu tonggak utama Harimau Muda yang berjaya muncal juara dalam kejohanan Piala Merlion baru-baru ini selepas mereka menewaskan Hong Kong B-22 dengan jaringan 2-1 semalam.


“Saya rasa sangat gembira apabila dapat menyumbang kepada pasukan kebangsaan dan saya harap dapat meneruskannya.

Saya juga berasa bangga apabila dapat menyarung jersi Harimau Malaya dan harapkan akan berterusan pada masa hadapan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Terdahulu, pasukan kendalian ketua jurulatih E. Elavarasan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Merlion selepas mereka berjaya menewaskan pasukan Kemboja B-22 dengan jaringan 4-2 walaupun ketika ini pemain beragama Islam bermain dalam keadaan berpuasa.

Dalam pada itu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II berkata walaupun kejohanan Piala Merlion merupakan kali kedua beliau bersama pasukan B-22, namun beliau tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan.

“Ini kali kedua saya bersama skuad negara dan ramai muka baru, tapi semua pemain sangat friendly dan sangat welcoming, jadi senang untuk saya.”

Sementara itu, disebalik kejayaan menjulang Piala Merlion buat pertama kali selepas lebih 40 tahun, Fergus tidak akan leka sebaliknya akan bekerja keras apabila kembali bermain untuk JDT II di Piala MFL bagi memastikan beliau tersenarai dalam skuad ke Sukan SEA pada bulan Mei ini.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen