Patutkah Jin Wei kembali ke BAM?

99

Pada bulan September yang lalu, Goh Jin Wei telah mengumumkan persaraan daripada arena badminton diatas faktor kesihatannya.

Pada ketika itu, Jin Wei masih merupakan pemain yang berada di bawah naungan BAM. Seperti sedia maklum, beliau telah muat naik satu video dengan menyatakan hasratnya untuk kembali beraksi di gelanggang.


Jin Wei mengakui beliau mahu keluar dari persaraan dan kembali beraksi selaku pemain profesional secara persendirian tanpa naungan BAM.

Buat masa sekarang, Jin Wei tidak akan menyertai kem kebangsaan walaupun mendapat tawaran daripada BAM kerana beliau masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada pembedahan yang dilakukannya dahulu.

Bekas pemenang Kejohanan Remaja Dunia 2018 itu patut kembali bersama BAM, hal ini kerana banyak pelaburan yang telaah dibuat untuk beliau semasa menjadi pemain di bawah naungan BAM.

World Junior champion Goh Jin Wei showing her medal after arrive from Canada for the World Junior Championships at KLIA, Sepang. FAIHAN GHANI/The Star.

Sebelum mengumumkan persaraannya, Jin Wei telah ditatang bagai minyak yang penuh selaku prospek pemain badminton negara pada masa akan datang.

BAM telah banyak membantunya sejak dari awal kemasukannya ke kem badminton negara, tetapi beliau selaku pemain profesional sewajarnya membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh BAM dengan kembali berkhidmat bersama mereka.

Pihak BAM pastinya terkilan susulan pengumuman persaraan yang dilakukannya sedangkan skuad badminton negara ketika itu sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi Piala Uber di Dermark.

Jin Wei merupakan salah seorang pemain yang tersenarai bagi mewakili negara di Piala Uber, tetapi setelah beberapa hari beliau mengundur diri dari skuad Piala Uber.

Pengunduran saat akhir beliau memberi sedikit masalah kepada BAM kerana tiada pemain yang sesuai untuk digantikan pada ketika itu.

Seharusnya, beliau teruskan mewakili negara pada saingan Piala Uber sebelum mengundur diri. Tetapi diatas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan BAM terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat Jin Wei.

Beliau merupakan aset negara pada masa akan datang, jadi seharusnya wajar diberi peluang untuk kembali bersama BAM setelah pelaburan yang besar dilakukan padanya semenjak beliau memasuki BAM ini.