WWE dan UFC sah bergabung, bawa nafas baharu dalam arena seni mempertahankan diri profesional

347

Gabungan dua syarikat terkenal iaitu World Wrestling Entertainment (WWE) bersama francais seni mempertahankan diri campuran terkenal milik syarikat Endeavour Group, UFC akan memberi nafas baru buat industri tersebut.

Ia selepas kedua-dua syarikat gusti tersebut bersetuju untuk membentuk sebuah empayar baru dan terbesar dalam industri gusti yang bernilai kira-kira $21 bilion.


Perjanjian itu menyatukan dua nama besar dalam industri seni mempertahankan diri dan hiburan serta pasti akan menimbulkan tanda tanya oleh seluruh peminat apakah yang bakal ditawarkan daripada gabungan dua syarikat terkemuka ini.

Apa yang dapat dilihat, ia adalah satu pembaharuan yang bakal mereka tampilkan selepas kedua-dua syarikat tersebut mempunyai tarikan yang tersendiri sebelum ini dan pastinya pengikut kedua-dua rancangan itu bakal meningkat dengan mendadak.

Sebelum ini WWE hanya merupakan satu pertandingan gusti profesional hiburan di mana setiap aksi para penggusti yang terlibat hanyalah lakonan semata-mata.

Walaubagaimanapun, ia tetap mendapat sambutan daripada para pengemar gusti kerana WWE berjaya menyediakan hiburan dari segi drama yang membuatkan peminatnya seronok untuk menyaksikan.

Berbeza dengan UFC yang merupakan sebuah pertandingan seni mempertahankan diri profesional yang menggabungkan seni bela diri campuran dalam pertempuran oleh setiap peserta.

Pastinya kelainan bakal ditampilkan apabila kedua-dua syarikat gusti ini bergabung dibawah satu bumbung yang sama.

Adakah para peminat bakal disajikan dengan aksi pengusti daripada kedua-dua syarikat atau mereka akan mengekalkan elemen hiburan tersebut dalam pertandingan yang bakal dianjurkan.

Pasti ia akan menjadi tumpuan para peminat apabila selebriti daripada WWE seperti John Cena bakal berentap dengan pengusti daripada UFC seperti Conor McGregor dimana semestinya mempunyai kelainan dalam pertembungan tersebut.

Jelas gabungan dua syarikat terkemuka ini bakal menghangatkan lagi industri ini yang pasti bakal menerima sambutan daripada pengemar seni mempertahankan diri di seluruh dunia.