Tiada Supahanat tidak bermakna apa-apa, Malaysia tidak harus ‘over confident’ menentang Thailand

210

Apabila melihat undian Kumpulan B bola sepak Sukan SEA Kemboja 2023, kumpulan tersebut semestinya akan dilabelkan sebagai kumpulan ‘maut’ selepas dua daripada penghuni kumpulan ialah pemenang pingat emas dan perak di Hanoi, tahun lalu.

Ia juga merupakan cabaran buat Malaysia setelah diundi sekali lagi bersama pasukan Thailand dalam satu kumpulan selepas kedua-dua pasukan tersebut juga berada dalam kumpulan yang sama pada temasya edisi lalu.


Walaubagaimanapun, terdapat berita dimana penyerang muda Thailand, Suphanat Mueanta tidak akan menyertai pasukan Thailand B-23 ke temasya sukan itu kerana bakal terbang ke Eropah pada bulan Mei nanti.

Perkara tersebut telah disahkan oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-23 Thailand, Issara Sritaro yang telah mendedahkan bahawa Suphanat berkemungkinan besar tidak akan dapat menyertai skuad Gajah Perang itu di Kemboja nanti.

Pemaian muda berusia 20 tahun itu akan dihantar ke Eropah oleh majikan kelabnya, Newin Chidchob pemilik pasukan Buriram United yang telah merancang untuk menghantar Wonderkid Thailand itu ke Eropah pada musim panas ini.

Ia juga merupakan khabar berita yang baik buat skuad negara selepas ketiadaan penyerang muda Thailand itu dalam skuad yang akan bertanding pada temasya tersebut.

Malaysia juga mempunyai peluang untuk mengekalkan kemenangan ke atas skuad muda itu selepas pernah menewaskan mereka pada edisi lepas dalam saingan peringkat kumpulan.

Dengan kualiti pemain muda yang ada dibawah kendalian ketua jurulatih B-23 negara E. Elavarasan, pastinya skuad ini mampu memberikan tentangan yang hebat dan memastikan misi untuk ke final Sukan SEA Kemboja 2023 dapat dicapai.

Anak-anak buah Elavarasan juga telah mempamerkan prestasi yang cemerlang ketika menjuarai Piala Merlion 2023 di Singapura dan ia sudah pasti menjadi tonik terbaik buat skuad Harimau Muda untuk mengharungi Sukan SEA Kemboja bulan hadapan.

Skuad muda negara dijadualkan akan berdepan Thailand bagi perlawanan kedua kumpulan pada 6 Mei 2023 di Stadium Prince, Phnom Penh.