Buat masa ini kami belum terima mana-mana tawaran untuk Arif Aiman – TMJ

2,235

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris memberitahu bahawa pihaknya belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana kelab yang ingin mendapatkan khidmat penyerang muda sensasi Arif Aiman.

“Buat masa ini kami tak ada terima mana-mana tawaran lagi. Tetapi tanggungjawab saya sebagai pemilik kelab sangat straight forward iaitu saya bertanggungjawab atas nilai komersial kelab dan kejayaan kelab di dalam padang.

Kalau siapa-siapa nak tawarkan dan bagi duit yang kami boleh benefit daripada pendapatan tersebut dan kelab bola sepak kami bukan penjara, siapa-siapa nak ke luar negara dia boleh keluar negara,”

katanya.

TMJ bagaimanapun berkata mana-mana pemain yang beraksi di luar negara tidak semestinya akan dijamin mendapat minit permainan atau permainan mereka akan meningkat.


“Saya bagi contoh Titus James Palani main di Perancis selama beberapa tahun tapi apa sumbangan beliau pada pasukan kebangsaan. Sama juga kalau kita tengok Luqman Hakim sekarang ini kesian juga saya tengok kerana beliau adalah seorang pemain yang baik tetapi kualiti perlawanan, minit permainan dan peluang untuk bermain.”

Baginda turut memberikan beberapa contoh lagi pemain tempatan yang berhijrah ke luar negara termasuk Wan Zack Haikal, Nazirul Naim dan Hadi Fayadh yang bergelut untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.

Dalam pada itu, TMJ berkata tidak semestinya penyokong perlu menyanjung pemain yang bermain di luar negara kerana apa yang paling penting adalah kualiti perlawanan dan kejohanan.

“Sebagai contoh kami bermain di AFC Champions League (ACL), lawan dengan pasukan 10 kali ganda lebih baik daripada kami. Itu adalah pengalaman yang cukup bagus untuk mana-mana pemain yang berada dalam pasukan JDT.”