Berita baik buat rakyat Malaysia, Kemboja belanja hak penyiaran Sukan SEA 2023!

317

Tuan rumah Sukan SEA 2023 telah bersetuju untuk menyediakan hak siaran langsung percuma kepada rangkaian TV tempatan dan luar negara bagi temasya Sukan SEA ke-32 Mei nanti.

Perkara ini telah di sahkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) yang mengatakan kerajaan Diraja memutuskan untuk tidak mengenakan apa-apa bayaran bagi hak penyaiaran stesen TV tempatan mahupun luar negara.


Apa yang lebih menarik, kerajaan Kemboja juga akan memberikan akses percuma kepada semua penyokong tempatan dan luar negara untuk memasuki venue pertandingan termasuk upacara pembukaan dan penutup temasya sukan tersebut.

Ia merupakan satu inisiatif yang baik oleh kerajaan Kemboja dalam memudahkan para peminat sukan untuk hadir ke stadium serta dapat menyaksikan acara sukan tersebut secara langsung dengan percuma.

Perkara ini juga merupakan berita baik buat peminat sukan tanah air yang sentiasa menyokong atlet negara bertanding, apabila dapat menyaksikan siaran langsung sukan tersebut di Malaysia dengan percuma sahaja.

Tidak akan timbul lagi masalah seperti tidak dapat menonton atau mengikuti perkembangan para atlet di temasya tersebut kerana tiada akses untuk menyaksikannya.

Pasti usaha ini disambut baik oleh masyarakat tempatan Kemboja dan negara lain yang bertanding atas keperihatinan pihak kerajaan Kemboja dalam memastikan semua pihak boleh menyaksikan temasya Sukan SEA tersebut.

Langkah ini juga boleh terus dicontohi oleh mana-mana negara yang bakal menjadi tuan rumah pada temasya Sukan SEA yang akan datang agar semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemeriahan sukan ini bersama.

Ini merupakan penganjuran pertama Sukan SEA oleh Kemboja dalam tempoh 64 tahun dan bakal berlangsung dari 5 hingga 17 Mei dengan Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh akan menjadi venue utama untuk upacara pembukaan dan penutup rasmi kejohanan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen