Choi Moon-sik seorang jurulatih yang baik, apa yang berlaku adalah antara dirinya dan kelab – Ismahil Akinade

375

Pemain Kelantan FC, Ismahil Akinade mengakui pemergian bekas ketua jurulatih kelab itu, Choi Moon-sik memberi kesan kepada dirinya.

Jelasnya, Moon-sik sah meninggalkan kelab itu hanya dua jam sebelum perlawanan sebelum ini dan ia membuatkan mental pemain terjejas.


“Pada perlawanan sebelum ini beliau tinggalkan kami dua jam sebelum perlawanan so ia memberi kesan kepada mental kami.

Dan kini kami ada masa yang singkat untuk berlatih di bawah jurulatih baharu, jadi kami perlukan masa untuk memahami gaya permainan yang beliau mahu terapkan,”

katanya.

Akinade berkata, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Moon-sik dan menyifatkan jurulatih dari Korea Selatan itu sebagai individu yang baik.

Tambahnya, beliau tidak mahu masuk campur mengenai apa yang berlaku antara Moon-sik dan pihak pengurusan kelab.

“Saya ada hubungan yang baik dengannya, beliau layan saya dengan baik sepanjang berada di sini dan saya berterima kasih kepadanya kerana bawa saya ke dalam pasukan ini.

Tetapi ia tidak menjadi untuk beliau di sini, tetapi itu antara beliau dan kelab saya tak boleh beri komen apa-apa.”

Sementara itu, beliau merasakan bahawa Kelantan harus menambah lagi pemain yang berkualiti pada jendela perpindahan kedua selepas ini.

Jelasnya, ramai pemain yang ada ketika ini kurang pengalaman dalam saingan tertinggi.