Apabila jurulatih dipecat, ia bermakna pemain bermain dengan buruk – Miguel Cifuentes

592

Pemain Kelantan FC, Miguel Cifuentes merasakan persembahan buruk pemain adalah antara punca pemecatan bekas ketua jurulatih, Choi Moon-sik.

Katanya, apabila jurulatih dipecat, ia bermakna pemain tidak bermain cukup bagus dan menyebabkan keputusan buruk diraih pasukan.


“Apabila jurulatih dipecat, ia bermakna tiada siapa yang bagus, kita tidak mendapatkan keputusan yang baik tetapi kita telah cuba.

Ia sukar untuk kami tetapi inilah bola sepak, kami harus terus bangkit pada perlawanan selepas ini,”

katanya.

Sementara itu, beliau percaya Kelantan mampu mendapatkan kemenangan pada perlawanan selepas ini.

Beliau berkata, mereka harus segera fokus dan bersedia untuk perlawanan seterusnya untuk mendapatkan kemenangan kedua.

“Malam ini memang sukar tetapi selepas ini adalah satu lagi peperangan buat kami, saya yakin kita boleh.”

Dalam pada itu, beliau mengakui gembira bermain di Kelantan dengan sokongan padu yang diterima daripada penyokong.