Semua tahu situasi di luar padang yang berlaku, tetapi kami harus kekal profesional – Mario Arques

236

Kapten Kelantan FC, Mario Arques menegaskan bahawa semua pemain sudah memberikan yang terbaik walaupun keputusan tidak memihak kepada mereka dalam kebanyaka perlawanan.

Jelasnya, sebagai ketua pasukan, beliau berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain dan mahu meyakinkan penyokong bahawa mereka akan bangkit.


“Satu perkara yang saya boleh katakan sebagai kapten adalah saya bangga dengan pasukan ini, kita sudah berikan 100 peratus tetapi bagi saya fizikal kita tidak cukup kuat.

Saya nak yakinkan penyokong bahawa kita akan bangkit semula selepas ini, dengan apa yang kami ada ketika ini saya rasa kami telah berikan segala yang termampu,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, beliau berkata dengan segala kontroversi yang melanda pasukan itu, para pemain perlu bersikap profesional.

Jelasnya, ia tidak mudah untuk kekal fokus tetapi mereka harus menumpukan perhatian kepada tugas mereka di atas padang.

“Semua tahu situasai di luar padang tetapi kita harus profesional, kita perlu berikan 100 peratus dalam setiap perlawanan.”

Mengenai kekalahan 3-0 kepada Selangor sebentar tadi, beliau berkata bahawa gol kedua Selangor membunuh semangat para pemain.

Selain itu, para pemain Kelantan juga gagal menyudahkan peluang-peluang yang mereka dapat menyebabkan mereka tidak berjaya menjaringkan walau satu gol.