Skuad B-17 ke Qatar untuk siri jelajah latihan pusat, skuad senior bila lagi?

183

Nampaknya skuad B-17 negara semakin rancak membuat persiapan menjelang saingan Piala Asia 2023 di Thailand pada Jun depan telah terbang ke Doha, Qatar bagi memulakan siri jelajah latihan pusat.

Skuad Harimau Muda kendalian Osmera Omaro akan berada di Qatar selama dua minggu untuk meningkatkan corak permainan bagi memastikan skuad negara dapat bersaing dengan pasukan-pasikan besar Asia.


Latihan selama dua minggu tersebut akan turut menyaksikan skuad B-17 negara akan mengatur sebanyak tiga perlawanan persahabatan.

Dalam pada itu, skuad utama negara juga bakal ke Doha, Qatar pada Januari 2024 untuk Piala Asia tapi sehingga kini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum dedahkan samada skuad kendalian Kim Pan-gon akan menjalani latihan dalam negara atau luar negara.

Ini kerana pada bulan Jun, skuad negara akan bermain dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bertemu Solomon Islands dan Yemen yang dijangka akan berlangsung di dalam negara.

Manakala pada bulan Oktober pula, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan Pestabola Merdeka yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mungkin FAM sudah mempunyai perancangan untuk membawa skuad utama negara untuk menjalani latihan pusat di Qatar nanti?

Ia akan menjadi persiapan yang terbaik buat skuad negara kerana pemain dapat menyesuaikan diri dengan suasana, keadaan padang dan juga cuaca.

Walaupun keadaan cuaca tidak terlalu ketara dek kejohanan berlangsung pada awal tahun di mana cuaca di Qatar ketika itu tidak panas, bagaimanapun pemain dapat menimba pengalaman beraksi dalam stadium Piala Dunia.