Chong Yee Fatt berehat panjang, Manzoor Azwira ‘tak layak’, siapa yang jadi ketua jurulatih Penang FC?

580

Penang FC telah bermain di bawah kendalian pembantu ketua jurulatih, Manzoor Azwira selepas ketua jurulatih, Chong Yee Fatt disahkan mengalami masalah jantung dan dinasihatkan berehat oleh doktor selama enam minggu sejak 30 Mac lalu.

Mengikut senarai kesebelasan pasukan ketika perlawanan Liga Super menentang PDRM semalam, Penang dilihat beraksi tanpa ketua jurulatih.


Manzoor yang merupakan pembantu ketua jurulatih dilihat menggalas tanggungjawab Yee Fatt di luar padang, dan beliau merupakan wakil yang bercakap kepada media selepas perlawanan.

Menurut Penang, pihaknya telah meminta kepada MFL untuk memohon agar Manzoor menjadi pengendali sementara pasukan.

Namun sebelum ini, FAM dan MFL pernah menolak permohonan Penang untuk meletakkan Manzoor sebagai ketua jurulatih interim sehingga beliau mendapatkan Pro Licence.

Justeru, ia menimbulkan persoalan siapakah yang mengendalikan pasukan itu ketika ketiadaan Yee Fatt ketika ini.

Adakah Penang terus beraksi tanpa seorang ketua jurulatih sehingga Yee Fatt kembali? Namun Manzoor ketika ini dilihat menjadi individu yang bertanggungjawab menggantikan tugas Yee Fatt.

Ketika perlawanan, beliau juga begitu aktif di tepi padang memberi arahan kepada para pemain dan wakil yang hadir ke sidang media.

Setakat ini, masih tiada lagi keputusan dari MFL mengenai permohonan Penang itu, namun kemungkinan besar tetap ditolak kerana tidak menepati peraturan yang ditetapkan oleh FAM dan MFL.

Justeru, mungkin Penang akan terus beraksi tanpa seorang ketua jurulatih sehingga kembalinya Yee Fatt daripada rehat.