“Thanks for the partnership… TMJ!” – Ronaldinho beri ‘hint’ kerjasama dengan JDT?

4,504

Baru-baru ini, legenda bola sepak dunia, Ronaldinho dilihat memuatnaik satu status di laman sosial Facebooknya dengan kapsyen “Very nice to meet you bro!!! Thanks for the partnership… TMJ!”.

Perkara itu mendapat perhatian daripada peminat bola sepak tempatan yang teruja melihat nama individu yang begitu berpengaruh dalam bola sepak di negara ini iaitu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Perkara itu jelas menimbulkan spekulasi sama ada partnership atau kerjasama yang dimaksudkan itu adalah bersama pasukan JDT?

Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil kerana TMJ mempunyai hubungan yang meluas dengan bintang bola sepak dunia.

Beberapa bintang bola sepak ternama juga pernah berada di JDT atau pernah bertemu dengan TMJ sendiri seperti Pablo Aimar dan Julio Cesar, selain beberapa pemain yang pernah terlibat dalam perlawanan All-Stars seperti Esteban Cambiasso, Marco Materazzi serta Gianluca Zambrotta.

Namun, sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan TMJ dalam hantaran tersebut bukanlah merujuk kepada pemilik JDT itu, tetapi merupakan singkatan kepada ‘tamo junto’ yang membawa maksud ‘kami bersama’ dalam Bahasa Sepanyol.

Sebelum ini, bekas bintang Brazil, Oscar juga pernah membuat satu hantaran dan menyertakan perkataan TMJ, yang membuatkan ramai pihak mengaitkan beliau dengan perpindahan ke JDT.

Tambahan pula, dalam hantaran Facebook Ronaldinho itu, kelihatan beliau bergambar dengan seorang individu lain dan bukannya TMJ, dan ‘kami bersama’ itu pastinya dirujuk kepada individu tersebut.