Saya lihat prestasi Kevin Mendoza di Piala Malaysia, Piala AFC dan buat keputusan sertai KL City FC – Sebastian Avanzini

997

Pemain KL City FC, Sebastian Avanzini mengakui beliau berasa untuk bermain di Malaysia setelah melihat karier rakannya, Kevin Mendoza bersama pasukan itu.

Menurutnya, beliau melihat kejayaan Mendoza di Piala Malaysia dan Piala AFC dan merasakan beliau juag mahu mengikuti jejak langkah bekas rakan sepasukannya itu.


“Dalam tempoh dua tahun ini saya sentiasa berhubung dengannya, saya ikuti kariernya di Malaysia termasuk di Piala Malaysia dan Piala AFC.

Saya fikir mungkin ini masanya untuk saya ikut jejak beliau dan sertai KL City,”

katanya.

Beliau berjaya menjaringkan gol tunggal pada perlawanan menentang KL City yang menyaksikan pasukannya menang.

Sementara itu, beliau berkata bahawa Giancarlo Gallifuoco dan Sean Giannelli banyak membantunya menyesuaikan diri dengan pasukan sejak hari pertama.

Tambahnya, beliau sudah mula sayang akan pasukan ini dan menganggap semua pemain sebagai keluarganya.

“Saya rasa keserasian bersama rakan sepasuakn amat bagus, Giancarlo dan Sean banyak membantu saya sesuaikan diri di sini.

Kevin juga saya kerana kami pernah bermain bersama-sama ketika di Denmark dahulu, beliau adalah rakan baik saya.”

Beliau berasa gembira membantu KL City mendapatkan kemenangan kedua berturut-turut mala mini selepas permulaan yang perlahan dalam Liga Super.