Kami di Perak FC ‘got nothing to hide’! Sesi bersama peminat The Bos Gaurus bakal diadakan tidak lama lagi

561

Nampaknya cadangan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris yang mencadangkan agar pihak pengurusan kelab mengadakan sesi dia bersama peminat diadakan mendapat sambutan.

Antara kelab terawal yang menyambut baik cadangan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC iaitu, Bobie Farid Shamsudin.


Menerusi kenyataan yang dipetik dari TBG Super Fan, beliau berkata ‘Kami di Perak FC got nothing to hide’.

Kenyataan ini mendapat respon cukup positif daripada peminat The Bos Gaurus yang memuji pengurusan baru kelab itu yang lebih terbuka dan ada juga yang memuji pengurusan tertinggi kelab itu yang mesra dengan peminat.

Ia adalah satu tindakan yang cukup positif oleh kelab tersebut kerana semua sedia maklum kelab bola sepak memerlukan peminat dan peminat memerlukan kelab bola sepak, oleh itu hubungan antara kedua-dua pihak perlu sentiasa dalam keadaan harmoni.

Dalam pada itu, Kedah Darul Aman FC (KDA) juga sudah memperlihatkan pembaharuan sedang berlaku di dalam kelab tersebut selepas ia diambil alih oleh Tan Sri Mohd Daud Bakar.

KDA pada musim lalu turut mengadakan satu sesi bersama peminat, bagaimanapun ia dikritik hebat oleh peminat berikutan sesi tersebut diadakan secara tertutup dan hanya segelintir pihak sahaja yang dijemput.

Dengan pengurusan baru yang diterajui oleh Daud Bakar yang kini dilihat sentiasa berkomunikasi dengan peminat, pastinya cadangan untuk adakah sesi bersama peminat ini akan dilakukan secara terbuka boleh direalisasikan.

Kelab-kelab lain juga boleh ikut jejak langkah sama kerana dengan adanya sesi bersama peminat ini, jurang antara pengurusan kelab dan peminat tidak akan wujud dan ini akan memberi manfaat kepada kelab juga kerana peminat akan merasa lebih dihargai.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen